Persatuan Akhbar Asing Kutuk Penahanan Wartawan AFP oleh Tentera Israel di Tebing Barat

17 Nov 2026 • 9:15 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Persatuan Akhbar Asing Kutuk Penahanan Wartawan AFP oleh Tentera Israel di Tebing Barat

Persatuan Akhbar Asing (FPA) pada Isnin menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung penahanan penyumbang agensi berita AFP, Mohammed Ateeq, oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, sambil menuntut bukti yang mewajarkan penahanan itu atau pembebasannya serta-merta.

Menerusi satu kenyataan di platform media sosial X, persatuan berkenaan menggesa tentera Israel supaya menghentikan tindakan menangkap wartawan Palestin.

“Tentera mendakwa beliau ‘disyaki mempunyai hubungan pengganas’, namun tidak mengemukakan sebarang bukti, tidak memfailkan sebarang pertuduhan dan menahannya tanpa membenarkan sebarang komunikasi,” menurut kenyataan itu.

FPA turut menggesa pihak tentera supaya mengemukakan bukti atau membebaskan Ateeq dengan segera, di samping mendesak pihak berkuasa Israel memastikan keselamatannya terjamin, memberikan akses kepada khidmat peguam serta membenarkan ahli keluarga melawatnya.

Persatuan itu menegaskan bahawa insiden berkenaan bukanlah kali pertama tentera Israel menahan wartawan di Tebing Barat yang diduduki.

Terdahulu pada Ahad, pihak AFP menyuarakan kebimbangan mengenai penahanan Ateeq dan meminta bukti yang menyokong tindakan tersebut.

Ateeq, 34, merupakan wartawan video yang telah menyumbang kepada AFP selama tiga tahun. Menurut isterinya, Ansam, pasukan tentera Israel menahan beliau di kediamannya di Burqin, berhampiran Jenin di utara Tebing Barat, dengan menggari tangan serta menutup matanya sebelum dibawa pergi.

Penangkapan Ateeq itu menyusul selepas penahanan seorang lagi penyumbang AFP, Mohammed Awad, berhampiran kediamannya di kawasan Ramallah pada Ogos lalu.

Sumber: Agensi Anadolu (Anadolu Ajansı)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved