Persatuan Filem dan Visual Sabah tumpu pembangunan kemahiran lakonan di luar Kota Kinabalu

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

BENGKEL Asas Seni Lakon anjuran Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) Zon Lahad Datu berjaya menarik 28 penyertaan dari pelbagai peringkat usia dari pelajar sekolah rendah, belia sehingga ke senior berusia 57 tahun di Lahad Datu.

Bengkel dua hari itu diadakan dengan sokongan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah melalui Scenic.

Peserta bengkel diberikan pemahaman yang komprehensif tentang asas lakonan depan kamera dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan teori yang diperlukan seperti asas lakonan untuk kamera, pembangunan watak dan skrip dan penggambaran asas dan istilah set.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden Safva Chester Pang merangkap pengerusi penganjur bengkel dengan penyampaian sijil kepada peserta, yang turut disaksikan oleh tenaga pengajar bengkel Ramli Carlo, Firdaus Jenar dan Jovenea Jim.

Program bengkel asas lakonan itu akan diteruskan zon Safva yang lain di seluruh Sabah seperti Keningau, Tawau dan Kota Marudu bagi membolehkan pembangunan kemahiran seni lakonan lebih seimbang di seluruh Sabah dan sebagai persiapan untuk menerima lebih banyak produksi dari luar negara.