
Tuaran: Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2025 menjadi platform menghimpunkan persatuan Bajausama dari seluruh negeri sekali gus memperkukuh usaha memartabatkan seni, budaya dan tradisi etnik berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata penganjuran kali ini lebih bermakna kerana buat julung kali dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
“Semenjak ditubuhkan pada tahun 2012 dan kini telah berusia 13 tahun persatuan kita telah berkembang kepada 19 buah cawangan di seluruh negeri Sabah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saban tahun festival ini sebagai ruang untuk kita membawa wakil-wakil pimpinan persatuan untuk berkampung di daerah Tuaran khususnya di pusat kebudayaan persatuan yang ada di sini,” katanya.
Jelas beliau festival terbabit menjadi platform penting untuk memperkukuh jati diri dan identiti masyarakat Bajausama di Sabah selain mengumpulkan pelbagai generasi termasuk kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang turut menyertai pertandingan bertitik.
“Seni dan budaya Bajausama adalah antara kekuatan unik Sabah yang boleh dijadikan tarikan pelancongan sekali gus menjana ekonomi setempat.
“Festival ini mempunyai nilai ekonomi yang boleh dijana melalui pelancongan seni dan budaya.
“Kita berharap festival ini dapat dimasukkan dalam kalender rasmi Motac agar ia mendapat sokongan berterusan setiap tahun,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Akhir Betitik Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Terbuka Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama pada Sabtu.
Armizan turut mencadangkan agar motif pakaian tradisional dapat dimodenkan dan dikomersialkan seperti yang dilakukan terhadap batik Sarawak supaya ia digunakan secara meluas termasuk pada setiap hari Khamis bagi penjawat awam.
Beliau juga menggesa ahli persatuan dan generasi muda agar meneruskan legasi perjuangan memartabatkan warisan budaya itu sekali gus memastikan ia tidak pupus ditelan zaman.
Festival yang berlangsung selama empat hari itu turut menampilkan pelbagai pertandingan seni, persembahan kebudayaan serta pameran makanan dan pakaian tradisional Bajausama.


