
Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) meraih 12 emas, 14 perak dan 16 gangsa pada Kejohanan Karate Antarabangsa Piala Shureido ke-2 yang berlangsung di Pasay City, Filipina pada 23-25 Jun.
Setiausaha Agung SKA, Julian Chin berkata walaupun tiada carta kutipan pingat rasmi disediakan penganjur dalam pertandingan dua hari itu, beliau berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamerkan oleh atlet dan jumlah pingat yang dimenangi oleh mereka.
“Ia adalah satu pencapaian yang sangat baik daripada atlet kami. Untuk dapat meraih pingat sebanyak itu bukanlah mudah kerana mereka menentang lawan yang sangat kuat.
“Lebih 900 atlet mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan ada yang dari Jepun, China, Singapura, India dan Brunei,” katanya pada Ahad.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Pemenang pingat emas ialah Xiao Le Neyo Chai (kata lelaki advance 10-11), Adellea Zara Amani Binti Subrih (kata perempuan intermediate 10-11), Marymhel Leonarda Aleasya Rodriguez Cachola (kata perempuan intermediate 6-7), Adellea Zara Amani Binti Subrih (kata perempuan beginner 10-11), Danish Rayyan Bin Rajis (kata lelaki beginner 10-11), Al Zovainz Bin Zurizal (kumite lelaki 12-13), Mukhriz Mazlan (kumite kadet -57kg), Muhammad Syairullah Bin Halim (kadet -63kg), Nur Hafidzatul Alma Binti Jakaria (kata perempuan advance 16-17), Silverynn Silverius (kata perempuan intermediate 16-17), Malai AHmad Malai Johan (kata lelaki intermediate 16-17) dan Adeola Fay Robert (kumite remaja perempuan -53kg).
Pingat perak pula diraih oleh Shawanda Dania Sharul (kata perempuan advance 12-13), Habib Luthfi Bin Habib Taha (kata lelaki advance 10-11), Xian Zong Tan (kata lelaki advance 14-15), Nur Ain Humairah Binti Abdul Rahman (kata perempuan advance 10-11), Al Zovainz Bin Zurizal (kata lelaki advance 12-13), Marymhel Leonarda Aleasya Rodriquez Cachola (kumite perempuan 6-7), Ameera Jnita Liew (kumite perempuan -54kg), Muhammad Syahzrullah Bin Halim (kadet +54kg), Jaygenqarrel Jamekle (kadet -63kg), Khairil Iman Bin Ahmat (kadet lelaki -57kg), Nurul Afiqatul Khairiyah Binti Jahari (kumite kadet perempuan +54kg), Nur Hafizul Norbakti (kata lelaki intermediate 16-17), Anabel Mazlan (kumite remaja perempuan -59kg), Eadryna Lawrence (kumite senior & perempuan -61kg).
Manakala pingat gangsa dimenangi oleh Mohammad Afiq Hazriq Bin Sedry (kata lelaki advance 10-11), Alvince Bin Zurizal (kata lelaki advance 14-15), Danish Rayyan Rajis (kata lelaki intermediate 10-11), Eden Evo Andy Angkagon (kata lelaki intermediate 10-11), Lashelle Quieta Lumbigan Songping (kata perempuan beginner 10-11), Nurhafizan Adzimi Bin Norbakti (kata lelaki beginner 9-10), Adlin Vince Viceroy (kata lelaki intermediate 12-13), Allysia Dania Binti Abdul Salim (kadet perempuan -47kg), Addela Hazel Paujin (perempuan -54kg), Cassandra Jane Cornelius (perempuan - 54kg), Chad Bernard Jevon Tudok (kadet + 63kg), Shawanda Dania Sharul (perempuan 12-13), Joshua Joueal Jepin (kumite kadet lelaki -63kg), Pressy Misty Philip (kumite senior perempuan +61kg), Prisca Easter Philip (kumite senior perempuan + 61kg), Mohd Zaidan Bin Zainal (kumite senior lelaki -75kg).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

