
PERSATUAN Persahabatan Artis KDMR Sabah (PPAKS) kini dalam proses menggantikan nama baharu kepada Persatuan Persahabatan Artis Momogun Sabah (PPAMS) bagi membolehkan ianya disertai semua lapisan etnik di negeri ini.
Pengerusi PPAKS, Paulus Kuag berkata, identiti persatuan baharu itu dalam proses dokumentasi atau permohonan sistem eROSES menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“Pertukaran identiti ini ditukar selepas mendapat persetujuan sebulat suara oleh ahli persatuan supaya ia tidak disalah fahami bahawa penyertaan hanya tertakluk kepada etnik Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) sahaja.
“Namun, sebenarnya ia boleh disertai semua lapisan masyarakat atau etnik yang ada di Sabah bagi memartabatkan warisan budaya setiap suku kaum di negeri ini melalui karya lagu,” katanya.

