Persediaan PRN: PH laksana jelajah di enam negeri

Politics
11 Dec 2022 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin

ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia adalah tugas 'maha mustahak' gabungan itu dalam usaha meyakinkan pengundi di keenam-enam negeri untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli beberapa hari lepas, kami bersetuju, selain tugas mengurus kementerian, kita perlu memberi tumpuan kepada persiapan parti dan PH menghadapi PRN yang tempohnya dalam lingkungan enam bulan dari sekarang.

"Jadi kita kata ini juga adalah tugas maha mustahak yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Semarak Azam Baru 2023 "Dari Harapan ke Perpaduan" di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Machap Baru, di sini, pada Ahad.

Hadir sama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Enam negeri yang belum membubarkan DUN masing-masing ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved