Persediaan SUKMA 2024, pasukan hoki Selangor cari bakat baharu

21 Aug 2023 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pasukan Hoki Lelaki dan Wanita Selangor mencari bakat baharu untuk mewakili negeri di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada tahun depan.

Persatuan sukan itu memaklumkan pencarian melibatkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita yang berumur 16 hingga 20 tahun dengan keutaaman diberikan kepada pemain kelahiran Selangor.

“SUKMA 2024 akan berlangsung di Sarawak. Persatuan Hoki Selangor bersama Majlis Sukan Negeri Selangor sedang mencari bakat-bakat baru (lelaki dan wanita) bawah 20 tahun untuk menjalani sesi pemilihan.

“Ayuh adik-adik yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk bersaing dan merebut tempat mewakili Negeri Selangor dalam temasya SUKMA 2024 nanti,” katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh mengisi maklumat diri lengkap di borang permohonan pada pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSczU3JPMxGPR727pZMkUUfAEaW76weu_xxuxpkyRcMWaITF3w/viewform?usp=sf_link sebelum 31 Ogos.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved