Persembahan Bella Astillah Di Konsert Sumandak Stars Dipuji Netizen – “Vokal Dia Dah Okay Lah”

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Persembahan pelakon, Bella Astillah di Konsert Sumandak Stars yang berlangsung pada Sabtu mendapat pujian ramai.

Menerusi satu video yang telah dimuat naik di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah telah mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Acha Septriasa iaitu Sampai Menutup Mata.

image is not available

Bella dilihat menghayati bait-bait lirik lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Persembahan tersebut menerima pujian daripada netizen dan rata-rata berpendapat bahawa nyanyian pelakon itu semakin baik dan ada peningkatan dari segi vokalnya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Bella pernah menyanyikan lagu Mati-Matian di sebuah acara baru-baru ini dan telah mencetuskan pelbagai respon daripada netizen. Mereka berpendapat ibu kepada dua anak itu tidak mempunyai ton suara yang merdu malah lebih kepada sumbang.

image is not available 1 month ago

“Saya Dalam Usaha Memperbaiki Mutu Vokal” - Bella Astillah Sertai Kelas Vokal Untuk Perbaiki Kualiti Nyanyian