Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

17 Nov 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars. 

Kekal profesional


Menurut Stacy, dia akan bersikap matang dan profesional sekiranya bertembung dengan pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu itu.

“Macam Bella pun pusing-pusing akan jumpa juga dan kami sama-sama orang kampung, jadi tak berbaloi untuk bergaduh.

“Buat masa ini masing-masing masih sibuk, saya rasa kalau berjumpa pun mustahil nak bermasam muka.

“Lucu, sebab saya pun sudah tua dan dia juga begitu..ada anak juga. Jadi kami relaks-relaks sahaja,” ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Stacy bersyukur apabila suaminya yang juga penyanyi, Akim Ahmad serta peminat memberikan sokongan.
 

 



“Akim selalu memberi kata-kata semangat kepada saya sampaikan saya tak ada ruang untuk rasa saya ini tidak baik.

“Tambahan lagi, orang-orang di luar sana yang memberikan sokongan jadi ia membuatkan saya lebih fokus dalam berkarya,” katanya.

Malah, pelantun lagu Bosan itu enggan mengambil pusing dengan kritikan dan komen-komen negatif netizen terhadapnya.

“Saya tak marah dan saya tak sedih, selama 16 tahun di dalam industri saya banyak belajar.

Terdahulu, Stacy Anam menarik diri daripada menjayakan konsert yang turut menampilkan Azharina, Ayu Damit, Marsha, Nikki Palikat, Adira, Salma Asis, Bella Astillah, Didie Astillah dan Wani Kayrie yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.