PM umum cuti Aidilfitri tambahan, tidak kira raya Sabtu atau Jumaat

LocalPolitics
15 Mar 2026 • 5:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan khabar gembira dengan mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa mengira sama ada perayaan itu jatuh pada Jumaat atau Sabtu.

"Raya dah nak dekat, saya turun-turun (sampai) tadi sudah ada orang tanya cuti, bila PMX bagi cuti?

image is not available

"Dalam tradisi kita, kita tahu akan sampai akhirnya hari raya, Jumaat atau Sabtu. Ini lihat dulu baru diumum, hari Jumaat malam sama ada Hari Jumaat atau hari Sabtu (tarikh hari raya). 

"Tapi jangan bimbang kerana kita berikan cuti tambahan hari raya, kita beri cuti kerana kita anggap semua orang dah kerja kuat.

image is not available

"Bulan Ramadan ini, semua extra time, extra dedication, extra effort. So we will reward you dengan tambahan cuti. Kalau yang tak extra effort, you still have a few days, please do more to deserve the holidays.

"Jadi kalau cuti, kalau hari raya hari Jumaat (20 Mac), maka cuti tambahan pada Isnin (23 Mac). Kalau Hari Raya Sabtu (21 Mac), cuti tambahan hari Jumaat (20 Mac)," katanya dalam sempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di Kota Kinabalu.

Ujarnya, pengumuman berkenaan dibuat lebih awal bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan sempena sambutan perayaan itu.

"Kita umum awal supaya kita boleh buat perancangan. Nak cuti hari Jumaat atau cuti Isnin? Siapa yang nak cuti hari Isnin, doa supaya hari raya lagi Sabtu," ujarnya sambil berseloroh.

Sumber: Sinar Harian