Persimpangan Lampu Isyarat Di Bulatan Tabuan Tranquility Akan Dibuka Mulai Esok

17 Jan 2023 • 8:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Persimpangan akan dibuka pada jam 8 pagi esok.

Persimpangan Lampu Isyarat Di Bulatan Tabuan Tranquility Akan Dibuka Mulai Esok. Persimpangan lampu isyarat jalan raya Kuching/Samarahan Expressway- bulatan Tabuan Tranquility (TT3) kini sudah dibuka buat orang awam.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak, persimpangan lampu isyarat di Bulatan Tabuan Tranquility (TT3) itu akan dibuka pada 18 Januari 2023 jam 8 pagi.

image is not available
Persimpangan Lampu Isyarat Di Bulatan Tabuan Tranquility Akan Dibuka Mulai Esok. Kredit foto: FB JKR Sarawak

Pengguna jalan raya dinasihati berhati-hati

Oleh itu, pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan berhati hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga kerja-kerja pembaikan.

Pihak JKR Bahagian Samarahan juga akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

image is not available
Kredit foto: FB JKR Sarawak

Rancang awal perjalanan

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan merancang awal perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik, sila berhubung dengan JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-203 096) pada waktu pejabat.

Lagi cerita menarik buat anda di sini: