Persoal Undang-undang Solat Jumaat, COO MyBurgerLab Mohon Maaf

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 1:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Sebelum ini, media ada melaporkan kerajaan negeri Terengganu akan mengenakan tindakan undang-undang kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tanpa alasan yang munasabah.

Jelas Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian di media sosial apabila Ketua Operasi MyBurgerLab, Andrew Chong membuat satu kenyataan yang membuatkan orang ramai khususnya umat Islam kurang senang.

“Wow, secara perlahan-lahan tetapi pasti jika Malaysia diambil alih oleh ekstremis, kita akan menjadi seperti Iran selepas revolusi. Apa yang kamu lihat hari ini dan ia perkara yang perlu ditakuti semua,” katanya.

Hantaran itu kemudiannya tular dan sohor di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

image is not available

COO MyBurgerLab tampil mohon maaf ekoran kenyataan kurang disenangi ramai

Sedar kenyataan tersebut membuatkan ramai kurang senang, Andrew tampil membuat permohonan maaf mengenai hal tersebut.

Ujarnya, dia menyedari kenyataan yang dikongsikan itu tidak disenangi oleh orang ramai khususnya kepada komuniti muslim.

“Saya mohon maaf atas kenyataan yang saya kongsikan dan ia telah menyakiti khususnya kepada komuniti muslim.

“Ia suatu perkara yang tidak difikirkan, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Nilai saya berteraskan rasa hormat dan keterengkuman, tetapi saya gagal di sini. Saya akan berterima kasih atas peluang untuk mendengar daripada mereka yang sudi berkongsi, supaya saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan membantu membina semula kepercayaan,” katanya.

Dah padam hantaran lama kerana tak mahu mengundang kemarahan orang ramai

Andrew turut menjelaskan yang dia sudah memadam hantaran tular itu. Namun ia bukan untuk lari daripada kesalahan dilakukan sebaliknya tidak mahu menyakiti atau mengundang kemarahan orang ramai lagi.

“Saya dah padam hantaran, bukan untuk lari dari kesilapan tetapi kerana tidak mahu ia menyebabkan sesiapa disakiti atau marah.”

image is not available

image is not available

Ramai kecam tindakan Andrew dan mahu boikot restorannya

Melihat di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai yang mengecam tindakan Andrew.

Malah ada yang mengatakan hukuman yang dilakukan oleh negeri Terengganu turut dilakukan di negeri lain seperti Selangor, Johor, Melaka dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, netizen turut menyerang laman media sosial MyBurgerLab dan mahu memboikot restoran terbabit serta meminta agar pihak polis mengambil tindakan berikutan kenyataan dikeluarkan Andrew.

“Kenapa mereka suka sangat bantah dan kecam melibatkan agama kita sedangkan kita tak pernah ambil tahu, kisah, kecam dan kritik agama mereka. Apa benda yang melibatkan agama mereka, cara mereka sembahyang ke..”

image is not available

“Tidak terfikir dalam kepala kita untuk fikir pasal agama mereka. Tapi mereka tak henti-henti nak sibuk urusan agama kita”

image is not available

“Abang PDRM kasi angkut satu kali..”

image is not available

“Sebaiknya tak perlu masuk campur urusan agama lain. Silap sendiri, mahu lingkup bisnes”

image is not available

“Kau ke yang kena solat Jumaat? Sibuk sangat hal agama orang lain..”

image is not available