Pertahanan Arab Saudi musnah dron Houthi berhampiran Makkah, serpihan jatuh

WorldPolitics
16 Sep 2026 • 8:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pertahanan Arab Saudi musnah dron Houthi berhampiran Makkah, serpihan jatuh

ISTANBUL, 16 SEPT: Pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di Yaman berhampiran Makkah, menurut pakatan diketuai Arab Saudi pada awal Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Malki berkata dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

Al-Malki menyifatkan insiden itu sebagai percubaan kedua Houthi untuk menyasarkan Makkah, merujuk kepada peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah bandar itu pada 27 Julai 2017.

Beliau berkata keselamatan Dua Masjid Suci dan jemaah merupakan “garis merah”, sambil berikrar bahawa pakatan itu akan mengambil langkah bagi menghalang serangan selanjutnya.

Insiden itu berlaku sehari selepas pakatan berkenaan memaklumkan bahawa 13 orang awam cedera dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Houthi di Khamis Mushait, Abha dan Taif, dengan tujuh rumah serta dua kenderaan rosak.

Konfrontasi antara tentera kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan Houthi semakin memuncak sejak awal Julai.

Negara itu dilanda perang sejak Houthi menawan ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah pada 2014 sebelum pakatan Arab diketuai Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved