Pertahanan Awam Arab Saudi bertindak susulan serpihan peluru berpandu jatuh di Makkah

12 Nov 2026 • 11:19 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Pertahanan Awam Arab Saudi bertindak susulan serpihan peluru berpandu jatuh di Makkah

RIYADH - Pertahanan Awam Arab Saudi pada Rabu mengambil tindakan selepas serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah wilayah Makkah jatuh di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pertahanan Awam.

Kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan, dengan sebahagian serpihannya jatuh di Kampung Sabuhah.

Direktorat itu menegaskan bahawa serangan terhadap objek awam merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, selain menekankan bahaya yang ditimbulkan oleh pendekatan bermusuhan kumpulan Houthi.

Menurut direktorat itu, pihak berkuasa berkaitan bertindak segera dengan melaksanakan prosedur yang ditetapkan serta mengambil langkah yang perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda. - 12 November, 2026

The post Pertahanan Awam Arab Saudi bertindak susulan serpihan peluru berpandu jatuh di Makkah appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved