Pertahanan Awam Gaza Amaran Hujan Lebat Dan Angin Kencang Ancam 950,000 Pelarian Palestin

6 Nov 2026 • 8:17 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Pertahanan Awam Gaza Amaran Hujan Lebat Dan Angin Kencang Ancam 950,000 Pelarian Palestin

Direktorat Pertahanan Awam Palestin mengeluarkam amaran mengenai cuaca buruk merangkumi hujan lebat dan angin kencang yang dijangka membahayakan hampir 950,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.

Amaran tersebut memfokuskan ancaman banjir dan struktur runtuh ke atas pelarian yang mendiami khemah-khemah usang, tempat perlindungan sementara, serta bangunan rosak akibat pengeboman Israel. Data Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mengesahkan bahawa daripada 950,000 pelarian di kawasan berisiko banjir, lebih 400,000 orang berdepan risiko banjir amat tinggi, manakala kira-kira 44,000 penduduk mendiami 2,300 bangunan yang tidak selamat dari segi struktur. Sebanyak 294,250 keluarga dilaporkan memerlukan bantuan tempat perlindungan terdesak menjelang musim hujan.

Pihak Pertahanan Awam menasihati penduduk untuk mengukuhkan pasak khemah, memasang penutup plastik, membina parit serta penghadang tanah, dan mengelakkan kawasan bangunan retak. Ketiadaan infrastruktur saliran akibat kemusnahan perang serta sekatan berterusan Israel terhadap kemasukan bahan tempat perlindungan memburukkan lagi krisis kemanusiaan ini walaupun perjanjian gencatan senjata telah dikuatkuasakan sejak 10 Oktober 2025.

Sumber Asal: Agensi Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved