
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, manakala di Perak membabitkan Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Manjung.
“Di Pahang, amaran berkenaan melibatkan Cameron Highlands, Lipis dan Raub.
“Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Pilah, Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya.
Amaran turut melibatkan seluruh Selangor, Perlis dan Melaka.
Di Johor, kawasan yang terlibat ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Pontian dan Johor Bahru.
Di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Beluru, Marudi, Miri dan Subis di Miri, Limbang, Bintulu, Song dan Kapit di Kapit, Kuching dan Bau di Kuching, Tebedu di Serian, Sibu, Julau di Sarikei serta Mukah, Dalat dan Matu di Mukah.
Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kinabatangan, Paitan dan Tongod di Sandakan, Pitas dan Kudat di Kudat, Sook, Tambunan, Keningau, Membakut dan Beaufort di Pedalaman.
Amaran turut melibatkan Kalabakan dan Tawau di Tawau, manakala di Pantai Barat membabitkan Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir landa beberapa negeri hingga 6 petang appeared first on Kosmo Online.




