
RANAU: Sikap toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama oleh rakyat berbilang latar belakang di Sabah merupakan model terbaik yang boleh dicontohi bagi menyokong aspirasi Sabah Maju Jaya dan seterusnya menerapkan nilai Malaysia Madani dalam kalangan rakyat.
Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Haji Masidi Manjun berkata toleransi kaum dan agama adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat Sabah.
“Hanya dengan kestabilan dan perpaduan barulah sesebuah negara dan rakyatnya dapat maju ke hadapan sambil dihormati dan dipandang positif oleh masyarakat antarabangsa,” kata Masidi yang juga Adun Karanaan sempena Program Ziarah Ramadhan 1445H/2024M.
Ucapan Masidi disampaikan oleh Timbalan Ketua PGRS Paginatan, yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Masidi, Datuk Haji Faimin Kamin.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini kepada semua saudara Islam khususnya kepada penduduk Kampung Mohimboyon di sini.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur program khususnya Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai fasilitator kepada saudara Islam Dusun di Sabah kerana menjemput saya untuk menghadiri majlis ini dan seterusnya menyediakan ruang dan peluang untuk beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kita di Kampung Mohimboyon.
“Pada kesempatan ini, sebagai salah seorang pemimpin di Sabah, sebuah negeri yang berbilang kaum dan agama, amat menyanjung matlamat penubuhan PDIS ini kerana saya difahamkan ia dianggotai oleh saudara-saudara yang terdiri daripada kaum Dusun yang beragama Islam.
“Tetapi khidmat sosial mereka bukan sahaja terhad kepada komuniti mereka sendiri, malah memudahkan masyarakat lain berbilang kaum dan agama dalam pelbagai program khidmat sosial mereka,” katanya.
Masidi berharap acara seperti ini akan terus diadakan sebagai wadah untuk mengeratkan lagi hubungan mesra antara masyarakat pelbagai etnik dan kaum di Sabah.
Terdahulu, Faimin dan yang lain menghadiri Majlis Ziarah Ramadhan Masjid Kg Mohimboyon seterusnya menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ahli Kariah Masjid Ar Ridhwan Mohimboyon daripada PDIS.
Hadir sama Presiden PDIS Datuk Yusrie Abdullah, Pengarah Pendidikan Sabah yang juga Naib Presiden PDIS Datuk Raisin Saidin, Pemangku Timbalan Ketua PGRS Karanaan Jupirin Hj Ruhimin, Pengerusi Masjid Ar Ridhwan Mohimboyon Ranau Johalim Eshim dan lain-lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
