Sambutan perayaan rapatkan hubungan masyarakat majmuk

27 Feb 2024 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Sambutan Pesta Ang Pau di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli di sini, Ahad lalu, disambut meriah dalam kalangan masyarakat majmuk di daerah ini walau berbeza bangsa dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi sambutan kepelbagaian perayaan, penduduk berbilang kaum dan agama sekali gus berpeluang merapatkan hubungan mesra dan menjalinkan perasaan saling menghormati dalam kehidupan masyarakat.

Jelasnya, sudah tentu budaya itu sangat berharga untuk diterapkan dalam jiwa rakyat, khususnya generasi baharu, dalam memastikan keamanan dikekalkan.

“Barisan kepimpinan kerajaan negeri juga akan terus berusaha bagi memastikan keamanan dan ketenteraman yang dikecapi selama ini terus dipelihara.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Semoga kehadiran tahun baru ini membawa lebih banyak kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat selain meningkatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan, pelaburan serta pembangunan modal insan,” katanya.

Hajiji turut menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh penduduk kaum Cina menerusi video dipaparkan pada majlis itu. Ketua Menteri diwakili oleh Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim, merasmikan pesta itu.

Sementara itu, pengerusi penganjur, Lo Mui Lan berkata, pengunjung dari sekitar Tamparuli dan Tuaran dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik.

“Lebih 200 penduduk hadir bersama-sama meraikan Pesta Ang Pau yang dianjurkan sepuluh Persatuan Cina Daerah Tuaran.

“Antara aktiviti diadakan termasuk persembahan nyanyian dan tarian, muzik ukulele, tarian singa, sarkas dan akrobatik, tarian naga, silap mata serta cabutan bertuah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.