Pertama Di Sabah, Ocean36 Tawar Suasana Restoran Berkonsepkan Aquaria KLCC

13 Dec 2023 • 5:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebijik macam Aquaria

Pertama Di Sabah, Ocean36 Tawar Suasana Restoran Berkonsepkan Aquaria KLCC. Sejak dua menjak ini, syarikat penerbangan sering menawarkan harga tiket penerbangan murah ke Sabah. Namun, bagi yang sering melancong ke negeri di bawah bayu itu, mungkin beberapa tempat menarik seperti Desa Dairy Farm kedengaran agak klise bagi mereka.

image is not available
Pertama Di Sabah, Ocean36 Tawar Suasana Restoran Berkonsepkan Aquaria KLCC. Sumber: FB Food Porn Sabah 沙巴吃货

Usah risau, tarikan terbaharu kini ada di Sabah. Antaranya ialah di Ocean36 iaitu sebuah restoran yang berkonsepkan Aquaria KLCC.

image is not available
Sumber: FB Ocean36 KK

Uniknya di sini, mereka menawarkan suasana kedai makan berkonsepkan akuarium di mana pelanggan dapat menikmati makanan mereka sambil melihat ikan-ikan yang berenang di sekitar mereka. Sebijik macam masuk Aquaria KLCC dengan jaminan harga yang lebih murah siap boleh santai menikmati juadah.

Info mengenai Ocean36 Restaurant

Difahamkan lokasinya terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Restoran mereka ini beroperasi setiap hari temasuk cuti umum. Masa operasi pula mula dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 malam.

Menariknya di sini mereka menyediakan pelbagai jenis makanan dari hidangan barat sehingga makanan Jepun.

image is not available
Sumber: FB Ocean36 KK

Untuk tengahari pula, mereka menyediakan promosi serendah RM 9.90. Sangat-sangat berbaloi.

Oleh itu, sekiranya anda datang ke Sabah jangan lupa singgah ke Ocean36 ini. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah ke Facebook rasmi mereka di sini.

Lagi tarikan di Sabah:

https://www.iloveborneo.my/new-zealand-malaysia-ada-di-desa-cattle-dairy-farm-kundasang/

https://www.iloveborneo.my/dalam-malaysia-sahaja-8-tempat-di-sabah-ini-seakan-akan-di-luar-negara/