Pertama Di Sarawak, Pertandingan Lato-Lato Diadakan Di Plaza Merdeka Kuching

7 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda boleh menang RM300 untuk tempat pertama!

Pertama Di Sarawak, Pertandingan Lato-Lato Diadakan Di Plaza Merdeka Kuching. Lato-lato kini menjadi permainan yang trendy terutamanya di kalangan kanak-kanak, yang dewasa pun tidak kalah mahu turut serta tau

Oleh kerana wave lato-lato kini semakin popular di negara tertentu, pihak-pihak penganjur juga tidak mahu ketinggalan untuk menganjurkan acara pertandingan lato-lato.

image is not available
Pertama Di Sarawak, Pertandingan Lato-Lato Diadakan Di Plaza Merdeka Kuching

Penyertaan masih terbuka untuk kanak-kanak berumur 7 sehingga 19 tahun

Bagi yang masih tidak tahu apa itu lato-lato, ia adalah permainan mengahyunkan bola plastik atau ladung dengan kelajuan tinggi dalam jangka masa yang lama. Jika anda orang Kuching, singgah je waterfront memang confirm korang tengok sekumpulan kanak-kanak main lato-lato ni.

Baru-baru ini, pihak penganjur Plaza Merdeka Kuching ini telah mengadakan pertandingan lato-lato yang bakal berlangsung di aras bawah (G), Plaza Merdeka pada hari Sabtu ini (11 Februari 2023) mula pada 3.00 petang.

Jika anda mempunyai anak-anak yang berumur 7 sehingga 19 tahun yang berminat untuk menyertai pertandingan lato-lato di Kcuhing, Sarawak ini anda boleh scan kod QR di bawah dan mengisi maklumat-maklumat yang diminta.

image is not available
Sumber: Facebook

Bermain dengan risiko sendiri

Untuk terma dan syarat untuk memilih pemenangnya pula, juri akan memilih pemenang berdasarkan peserta yang paling lama bermain lato-lato tanpa gagal, iaitu tanpa tersekat atau terlepas dari tangan. Untuk peserta itu sendiri, hendaklah membawa lato-lato sendiri.

Juara akan mendapat RM300, manakala tempat kedua dan ketiga akan mendapat RM250 dan RM100. Tidak hanya itu, penganjur turut memberikan saguhati bernilai RM50 kepada 5 peserta.

Turut mengingatkan bahawa pihak penganjur menyatakan peserta yang bermain lato-lato tersebut hendaklah menanggung risiko sendiri. Juga diingatkan bahawa pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian dan kerosakan yang berlaku.

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved