23 Lorong Selamat Ini Jadi Port Makan Baru Untuk Menikmati Asam Laksa Penang Di Kuching

5 Feb 2023 • 6:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Asam Laksa Penang padu di Kuching.

23 Lorong Selamat Ini Jadi Port Makan Baru Untuk Menikmati Asam Laksa Penang Di Kuching. Kalau anda ingin mencari port makan baharu yang menghidangkan makanan enak di Kuching, apa kata anda cuba 23 Lorong Selamat yang terletak di Plaza Merdeka dan Vivacity Megamall ini.

Menawarkan menu Signature mereka iaitu Asam Laksa Penang, tempat makan ini menjadi salah satu port yang perlu anda cuba.

image is not available
23 Lorong Selamat Ini Jadi Port Makan Baru Untuk Menikmati Asam Laksa Penang Di Kuching. Sumber foto; FB 23 Lorong Selamat

Ada banyak menu menarik yang lain juga

Selain dari menu Asam Laksa, di sini juga ada banyak menu menarik yang lain seperti Chili Pan Mee, Fish Cake Fucuk, Otak-Otak, Chicken Lor Bak manakala untuk pencuci mulut dan minuman pula mereka ada menyediakan Muah Chee. Longan, Lemongrass Pandan, Pineapple Feel Tea, Bandung Khatra dan banyak lagi.

Untuk menu Asam Laksa di sini: anda boleh memilih 3 pilihan iaitu Asam Laksa Standard, Special atau Super.

image is not available
Sumber foto; FB 23 Lorong Selamat

Makan asam laksa sambil lepak bersama orang tersayang

Menyediakan ruang makan yang selesa buat para pelanggannya, anda juga boleh makan makanan enak sambil lepak bersama rakan-rakan dan orang tersayang di sini.

Di Vivacity Megamall, lokasinya adalah di Food Court manakala di Plaza Merdeka pula lokasinya adalah di tingkat 3 berdekatan dengan Sugar Bun.

Lagi port makan baru di Kuching yang anda boleh cuba di sini: