Pertama Kali Berlakon Babak Cium, Suami Nirina Zubir Beri Kebenaran – “Persiapan Mental”

EntertainmentLifestyle
13 Sep 2025 • 10:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Indonesia, Nirina Zubir mendedahkan selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan, inilah kali pertama dia memberanikan diri melakonkan babak bercium bersama pelakon lelaki, lapor mStar.

Nirina, 45, berkata dia hanya bersetuju melakonkan adegan itu kerana merasakan ia benar-benar penting bagi menghidupkan jalan cerita drama terbaharunya berjudul ‘Ratu Ratu Queens’. Menurutnya, sepanjang karier, dia sentiasa menilai sama ada babak sebegitu benar-benar diperlukan sebelum bersetuju melakukannya.

image is not available

Katanya,

Ini yang pertama kali. Sebelum ini saya selalu fikirkan apa alasan kuat untuk melakukannya.

Mengakui agak gugup ketika menjayakan adegan itu, Nirina menjelaskan pelakon gandingannya, Michael, banyak membantunya untuk lebih tenang. Katanya lagi, persetujuan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada suami. Jelasnya,

Michael kata kepada saya supaya bertenang dan ambil masa sebelum babak itu. Saya juga perlu lakukan persiapan mental dan mendapat lampu hijau daripada suami.

image is not available 2025-08-26 05:51:46

Pelakon Lelaki Dah Kahwin Didakwa Ajak Gadis Bawah Umur Ke Hotel - "Dipaksa Bercium, Nak Bayar Sebab Rasa Bersalah"