Pertama Kali Ke Stadium Selepas Insiden Simbah Asid, Kehadiran Faisal Halim Gamatkan Stadium

LocalEntertainment
16 Jun 2024 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perlawan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya semalam bertambah meriah dengan kehadiran Faisal Halim di bangku penonton.

Pemain sayap Harimau Malaya dan tonggak utama pasukan Selangor itu dilihat hadir bersama keluarganya bagi menyaksikan sendiri perlawanan yang berkesudahan 4-0 itu.

Memetik laporan Mstar, kehadiran Faisal atau lebih mesra dengan gelaran Mickey itu sangat bermakna untuk pemain dan penyokong pasukan.

image is not available

Kehadiran Mickey ini adalah yang pertama kali untuk dirinya selepas lebih tiga minggu menjalani rawatan akibat kejadian simbah asid yang menimpa dirinya.

Terdahulu, pertama kali Faisal tampil di khalayak umum selepas kejadian mengerikan itu adalah pada Khamis ketika sidang media khas yang diadakan oleh pihak kelab.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.