Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu

PropertyPersonal Finance
8 Jun 2026 • 5:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rumah merupakan salah satu perkara yang penting, ini kerana ia adalah rumah buat seseorang berlindung, berteduh dan merehatkan diri selepas seharian bekerja.

Ada yang memilih untuk menyewa untuk sementara waktu khususnya bagi mereka yang baru memulakan kehidupan seperti berkahwin atau bekerja. Ada juga yang memilih membeli rumah untuk diduduki atau pelbagai tujuan seperti sewaan dan banyak lagi.

Penasihat hartanah jelaskan 5 perkara perlu difahami sebelum beli rumah pertama

Namun baru-baru ini seorang penasihat hartanah, Farid Alwi telah menjelaskan sekiranya anda seorang yang pertama kali ingin membeli rumah, terdapat lima perkara perlu difahami.

Katanya, ramai yang menyangkakan formula pembelian rumah ini hanya perlu ada gaji, mohon pinjaman rumah, sebaik bank luluskan akan dapat kunci dan hidup bahagia.

Namun realiti sebenar membeli rumah tidak semudah itu bahkan terdapat perkara asas yang perlu difahami sebelum bertindak membeli rumah pertama.

#1 Harga rumah bukan kos sebenar

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu
Foto: Pexels

Menurutnya, mereka yang bercadang untuk membeli rumah perlu tahu harga rumah bukan bermaksud itu adalah kos sebenar.

Sebagai contoh sekiranya anda membeli rumah RM500,000 ia tidak bermakna anda cuma perlu memikirkan wang bernilai RM500,000 sahaja.

Sebaliknya terdapat beberapa kos lain perlu difikirkan seperti:

  • Yuran perundangan (legal fee)
  • Duti Setem
  • Yuran penilaian
  • Insurans / MRTT / MLTT
  • Renovasi
  • Deposit Utiliti (TNB, air, Indah Water)
  • Kos pindah
  • Kos baiki

Ujarnya adakala rumah tersebut nampak mampu milik namun ramai tidak sedar kos seperti kemasukan ke rumah baharu dan sebagainya.

“Itu yang buat ramai terkejut tengah jalan. Ramai orang tak cerita bab ni secara mendalam, malah ramai mempelajarinya dengan cara yang susah,” katanya.

View on Threads

#2 Apabila permohonan pinjaman lulus, tidak bermakna ia rumah yang selamat untuk kita

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu
Foto: Pexels

Permohonanan pinjaman yang diluluskan oleh pihak bank adalah berdasarkan kemampuan. Mereka jangka anda mampu membayar permohonan pinjaman tersebut.

Akan tetapi pihak bank tidak mengetahui gaya hidup atau komitmen anda atau perancangan anda di masa hadapan.

Oleh itu, jangan beli mengikut maksimum loan semata-mata tetapi beli rumah mengikut kemampuan sendiri.

Buat pengiraan betul-betul sebelum setuju untuk membeli rumah.

#3 Lokasi

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu
Foto: Pexels

Lokasi sebenarnya memainkan peranan sangat penting. Sebagai pembeli rumah anda tentunya mahukan rumah yang selesa, dekat dengan kemudahan dan sebagainya.

Oleh itu, anda juga boleh lihat kemudahan yang berada di sekeliling atau perancangan kawasan tersebut seperti:

  • Adakah lokasi itu mempunyai tawaran kerja yang tinggi
  • Lokasi akademik seperti sekolah, universiti dan sebagainya
  • Hospital
  • Kemudahan ke lebuh raya
  • Kemudahan pengangkutan awam
  • Populasi orang ramai yang berada di sekitar kawasan
  • Permintaan sewa tinggi atau sebaliknya dan sebagainya.
View on Threads

#4 Rumah diduduki dan rumah pelaburan tidak semestinya perlu sama

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu
Foto: Freepik

Apabila membeli rumah untuk diduduki pastinya kita lebih memikirkan tentang keselesaan dan gaya hidup yang ingin dijalani.

Contohnya ada yang mahukan rumah yang berkonsepkan perumahan seperti ada taman rekreasi dan sebagainya.

Ada juga memikirkan mahu rumah yang murah kerana mudah untuk dijual semula namun ia bukanlah penentu.

Mungkin apa yang ada suka dan fikirkan tidak mudah seperti disangkakan.

Namun sekiranya anda membeli untuk tujuan pelaburan maka anda perlu berfikir lebih panjang seperti:

  • Berapa harga sewaan yang boleh diterima
  • Berapa ansuran
  • Kos penyelenggaraan dan sinking fund (rumah strata)
  • Cashflow
  • Target jenis penyewa
  • Mudah disewa atau tidak

Sebaiknya jangan campurkan emosi anda ketika ingin membuat pembelian.

#5 Peningkatan nilai hartanah ambil masa, pengaliran wang perlu dikira dari awal

Image from: Pertama Kali Nak Beli Rumah? Ini 5 Perkara Yang Pembeli Perlu Tahu
Foto: Pexels

Ada yang membeli rumah kerana bimbang kos yang semakin meningkat. Secara asasnya ia tidak salah, akan tetapi harga rumah juga tidak naik secara mendadak seperti esok atau bulan akan datang.

Sebaliknya kenaikan harga rumah mengambil masa sekitar lima tahun, 10 tahun dan sebagainya.

“Dalam masa tunggu harga naik, anda tetap perlu bayar ansuran, kos penyelenggaraan serta kos-kos lain.

“Sebab tu kalau beli untuk pelaburan jangan hanya tanya ‘boleh naik harga tak?’ tanya juga ‘kalau harga tak naik, aku boleh bertahan tak?'”

View on Threads

Menurut Farid lagi, hartanah sememangnya boleh menjadi aset yang bagus namun membeli tanpa ilmu mungkin akan menjerat diri sendiri dengan memberi beban.

Katanyanya mereka yang pertama kali mahu membeli rumah adalah baik untuk anda belajar terlebih dahulu, buat pengiraan, lihat semula profil kewangan dan tanya beberapa soalan.

“Rumah yang baik bukan rumah yang paling cantik. Rumah yang baik ialah rumah yang sesuai dengan tujuan kemampuan dan strategi kita.

“Tolong duduk (diskusi) dengan ejen masing-masing dan plan anda punya target untuk hartanah yang ingin dibeli. Cari ejen yang boleh dipercayai dan bukan hanya fikir untuk ‘close deal’ sahaja. Semoga dapat berurusan dengan yang amanah dan bertanggungjawab,” kongsinya lagi.