Pertandingan azan & hafazan cungkil bakat anak-anak muda

10 Dec 2022 • 12:18 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BANGI: Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi mengadakan pertandingan azan dan hafazan bagi anak-anak muda mengetengahkan bakat mereka pada hari Jumaat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.

image is not available

Pertandingan ini disertai oleh anak-anak muda dari pelbagai peringkat usia dan disambut meriah oleh orang ramai.

image is not available

Menurut salah seorang juri bagi pertandingan azan dan hafazan, dengan adanya program seperti ini, kita dapat jumpa bakat-bakat yang baharu dan mudah mudahan bakat yang ada ini dapat dicungkil lagi pada masa akan datang seterusnya dapat menjadi bilal di Masjid Al-Hasanah ini.

image is not available

“Untuk pertandingan hafazan juga sangat menarik, walaupun di usia yang muda, persembahan dan bacaan yang disampaikan sangat bagus dan patut dicontohi,” tambahnya lagi.

image is not available
Selain itu, menurut Siti Maria binti Ibrahim, Ketua Guru Kafa Al- Hasanah berkata bahawa pertandingan seperti ini harus diteruskan kerana ia menguji kemahiran dan keberanian serta mengetengahkan bakat-bakat mereka agar tidak malu berdepan dengan orang ramai.

Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi akan terus berlangsung sehingga 11 Disember 2022 , Ahad ini. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang ada.

image is not available