Dr Zulkifli Anjur Tazkirah & Ajak Pengikut Tengok World Cup Dekat Dataran Nilai Raih Pujian

Entertainment
7 Dec 2022 • 6:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan, zaman ini ramai yang susah untuk pergi ke tazkirah terutamanya golongan anak muda kan? Jadi, seseorang pendakwah itu pasti akan mula memainkan peranan penting untuk menarik perhatian umat islam.

Seperti Bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini, beliau melakukan satu pendekatan yang boleh dikatakan agak kreatif.

Beliau menggunakan pendekatan sesuatu perkara yang kini tengah trending iaitu perlawanan Piala Dunia FIFA.

 

Ajak orang ramai tengok suku akhir World Cup masa anjur tazkirah

Dr Zulkifli menganjurkan Kopi Street, Dakwah & Bola yang berlangsung di Dataran Nilai, Jumaat ini jam 10.000 malam.

Dalam acara yang dianjurkan dengan kerjasama Kopi Rewang dan tajaan McDonald’s Nilai, Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan Sepang, Charity Care Malaysia, LAZZ Susu Kambing dan Restoran Bro Nizam itu akan melakukan beberapa aktiviti menarik seperti.

  • Tazkirah “Kerana Bola Kita Bersaudara”.
  • Solat Hajat untuk perpaduan rakyat Malaysia (disarankan bawa sejadah dan botol air untuk wudhu’.)
  • Jamuan percuma (terhad kepada yang terawal).
  • Ebook percuma tulisan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Cabutan bertuah.

Ramai netizen begitu kagum dengan cara kreatif beliau, malah ada yang anggap bahawa Dr. Zulkifli ini pendakwah paling cool yang mereka kenal. Ada juga tertanya-tanya Dr. Zulkifli ini sokong pasukan mana.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Wow, menarik! Sekurang-kurangnya mereka dapat menimba sesuatu daripada majlis tersebut biarpun datang sebab nak bola.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.