Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Daerah Temerloh Dibatalkan

17 Apr 2024 • 8:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pertandingan janda

Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor memaklumkan telah menerima laporan mengenai ‘Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Daerah Temerloh’ yang dijadualkan berlangsung pada 21 April 2024.

Selepas meneliti laporan, beliau bertindak segera menghubungi penganjur menerusi nombor telefon yang tertera di poster tersebut.

image is not available

Beliau memohon acara maksiat sedemikian tidak diteruskan dan hanya menjalankan acara rumah terbuka aidilfitri sahaja.

image is not available

Difahamkan poster pertandingan itu telah disebarkan di Whatsapp sejak semalam. Selepas ditegur oleh Salamiah, penganjur dikenali sebagai Uncle John mengakui kekhilafan daripada pihaknya dan memohon maaf atas kesilapan itu.

image is not available

Satu laporan polis dan memo bantahan telah dibuat Ahli Parlimen untuk memastikan tiada aktiviti maksiat sedemikian di daerah Temerloh.

Fuh, pertandingan macam tu pun ada? Nasib baik sempat dibanteras!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved