Sebar Poster Melalui Whatsapp, Pertandingan Pakaian Seragam Janda-Janda Daerah Temerloh Dibatalkan – “Hindar Maksiat”

17 Apr 2024 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pertandingan memperagakan pakaian namun sedikit berbeza apabila ia hanya membabitkan golongan wanita yang bergelar janda sahaja.

Menurut laporan, pertandingan pakaian beragam itu yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan April di Temerloh telah dibatalkan.

image is not available 2 months ago

"Masih Persembahkan Malaysia Walau Dibenci" - Dapat Top 3 Pertandingan Ratu Cantik, Netizen Puji Sajat Peraga Budaya M'sia

 

Sebar poster menerusi Whatsapp

Difahamkan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor telah menasihati penganjur yang dikenali sebagai ‘Uncle John’ agar pertandingan tersebut tidak diteruskan.

YB (Yang Berhormat) ahli parlimen Temerloh ada menghubungi saya petang tadi dan meminta supaya program berkenaan dibatalkan kerana boleh mencetuskan ketidakselesaan awam.

image is not available

Difahamkan poster pertandingan itu telah disebarkan di Whatsapp sejak semalam namun selepas ditegur oleh Salamiah, Uncle John mengakui kekhilafan daripada pihaknya dan memohon maaf atas kesilapan itu.

 

Buat bantahan rasmi

Sementara itu, Salamiah berkongsi di Facebook peribadinya dan memaklumkan pihaknya telah membuat bantahan rasmi kepada pejabat agama Islam daerah Temerloh tentang penganjuran tersebut.

Bantahan ini dibuat kerana pertandingan yang dibuat dan disebarkan secara terbuka dengan tujuan tidak bermoral ini telah mendatangkan ketidakselesaan orang awam.