Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga perlu diterus galak budaya membaca

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga perlu diterus galak budaya membaca

Perpustakaan Negeri Sabah diharap dapat meneruskan penganjuran program pertandingan Ruang Bacaan Keluarga yang diadakan di Tawau, baru-baru ini.

Perkara itu dicadangkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bahagia Tawau baru-baru ini ketika menghadiri majlis tersebut.

Dipertua PIBG sekolah tersebut S.Noor Hamid Samsudin, berpendapat pertandingan tersebut dapat menggalakkan pembudayaan amalan membaca dalam kalangan masyaraka.
“Program berkenaan diharap dapat memperkukuh institusi keluarga melalui penyediaan ruang bacaan yang kondusif di rumah,” ujarnya .

Beliau menyatakan demikian selepas mengetuai delegasi PIBG sekolah tersebut menghadiri majis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau, Sabah.

Selain beliau turut hadir Naib Yang Dipertuanya Almalin Alibasar; Setiausaha Asrimah Asmad serta Samsidar Yasse selaku guru pusat sumber sekolah.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu,Rumah Bertanah, Kategori Rumah Bertingkat dan Kategori Rumah Kampung.

Dalam pertandingan tersebut, setiap kategori diwakili oleh 10 peserta atau keluarga dan daripada 10 peserta tersebut, tujuh peserta bagi setiap kategori menerima saguhati berupa sijil penyertaan, cenderahati dan wang tunai RM700.

Pasukan mendapat johan, tempat ke-2, dan ke-3 menerima sijil penyertaan, cenderahati dan wang tunai masing-masing RM1500, RM1200 & RM1000.

Johan bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan. Hadiah disampaikan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, George Yih Ching Yaw.

Kehadiran wakil PIBG SK Bahagia membuktikan komitmen berterusan persatuan dalam menyokong program-program yang memberi manfaat kepada murid, ibu bapa dan komuniti sekolah, khususnya inisiatif yang memupuk budaya ilmu dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda.

PIBG SK Bahagia berharap program seumpama ini dapat terus diperluaskan sebagai usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Kehadiran wakil PIBG SK Bahagia membuktikan komitmen berterusan persatuan dalam menyokong program-program yang memberi manfaat kepada murid, ibu bapa dan komuniti sekolah, khususnya inisiatif yang memupuk budaya ilmu dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda. –UTUSAN

The post Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga perlu diterus galak budaya membaca appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved