Pickleball Piala YDP PIBG SK Bahagia budayakan hidup sihat

29 Jul 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pickleball Piala YDP PIBG SK Bahagia budayakan hidup sihat

Sebanyak 56 pasangan pemain menyertai Pertandingan Pickleball Tertutup Piala Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia 2026 yang diadakan di 88 PickleLand, Tawau baru-baru ini.

Kejohanan anjuran PIBG SK Bahagia itu mempertandingkan dua kategori, iaitu 16 pasangan bergu lelaki dan 12 pasangan bergu wanita.

Penyertaan melibatkan guru-guru, guru besar, barisan penolong kanan, ibu bapa serta warga sekolah, sekali gus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti melalui aktiviti sukan.

Bagi setiap kategori, empat pasangan terbaik menerima hadiah dan penghargaan atas pencapaian mereka.

Image from: Pickleball Piala YDP PIBG SK Bahagia budayakan hidup sihat

Yang Dipertua PIBG SK Bahagia, S. Noor Hamid Samsuddin berkata, penganjuran kejohanan tersebut bertujuan membudayakan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan penyumbang yang menjayakan program ini. Dana penganjuran diperoleh hasil sumbangan ibu bapa serta syarikat-syarikat yang prihatin, sekali gus membolehkan kejohanan berlangsung dengan lancar dan meriah. –UTUSAN

The post Pickleball Piala YDP PIBG SK Bahagia budayakan hidup sihat appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved