Pertarungan One Championship Kembali Ke Kuala Lumpur 22 Oktober Ini

13 Oct 2022 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selepas hampir tiga tahun, organisasi seni mempertahankan diri terbesar di dunia, ONE Championship akan kembali ke Kuala Lumpur dengan ‘ONE Fight Night’ pada Sabtu, 22 Oktober di Axiata Arena.

Acara yang penuh aksi ini merangkumi dua pertarungan pasca-kelayakan khas untuk penonton dalam arena dengan menampilkan dua bintang MMA tempatan iaitu Agilan “Alligator” Thani dan Keanu Subba.

image is not available

Agilan akan bertarung menentang Ilja Stojanov dari Jerman bagi kategori Welterweight, manakala Keanu yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur akan bertemu petarung, Yoo Chang Min dari Korea Selatan dalam kategori Featherweight.

ONE Fight Night akan turut menampilkan tiga perlawanan Kejuaraan Dunia yang menarik dengan acara utama menyaksikan pertarungan John Lineker (Brazil) VS Fabricio Andrade (Brazil) bagi mempertahankan Gelaran Bantamweight miliknya.

image is not available

Sementara itu, Regian Eersel akan cuba meraih tali pinggang keduanya dalam perlawanan menentang Sinsamut Klinmee dalam Kejohanan Dunia ONE Lightweight Muay Thai pertama manakala Superlek Kiatmoo9 akan menentang Panpayak Jitmuangnon dalam Pusingan Akhir Grand Prix Dunia Flyweight Muay Thai.

Untuk maklumat lanjut, layari laman ONE FC Championship di sini atau di Twitter, Instagram dan Facebook.