Pertembungan sengit di tiga negeri selatan Semenanjung

5 Nov 2022 • 1:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 NOV: Beberapa pemimpin utama berdepan saingan sengit untuk mempertahankan kerusi masing-masing, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Dr Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan kerusi masing-masing.

Berikut senarai kerusi dan calon menarik yang perlu diperhatikan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor:

NEGERI SEMBILAN

P128 Seremban Anthony Loke* (HARAPAN) bertemu Felicia Wong (BN)
P131 Rembau Jufitri Joha (HARAPAN) cabar Mohamad Hasan (BN*)
P132 Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun (HARAPAN*) dicabar P Kamalanathan (BN) dan Rani Kulup (Bebas)

MELAKA

P135 Alor Gajah Adly Zahari (HARAPAN) lawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (PN)**
P137 Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim (HARAPAN*) dicabar Mohd Ridhwan Mohd Ali (BN)

JOHOR

P140 Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN)** dicabar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah (HARAPAN)
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman* (HARAPAN) dicabar Mohd Helmy Abdul Latif (BN)
P148 Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong* (BN) disaingi Sheikh Umar Bagharib Ali (HARAPAN)
P151 Simpang Renggam Dr Maszlee Malik* (HARAPAN) lawan Datuk Seri Ir Hasni Mohammad (BN)
P161 Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub* (HARAPAN) dicabar Nur Jazlan Mohamed (BN)
P162 Iskandar Puteri Liew Chin Tong (HARAPAN*) dicabar Datuk Jason Teoh (BN)

* selepas nama = penyandang parti sama
* selepas parti = parti tukar calon
** penyandang menang atas tiket parti lawan