Sidang hari kedua Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 pagi ini bertukar hangat apabila ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, mempertikaikan amalan menyanyikan lagu kebangsaan di tengah-tengah sesi persidangan sebagai sesuatu yang “unusual” atau luar biasa.
Speaker DUN Melaka, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, segera menegaskan bahawa amalan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku serta Melaka Maju Jaya pada setiap hari Isnin jam 10 pagi adalah prosedur biasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
“Saya ingin maklumkan, ini bukan perkara luar biasa. Ia memang amalan biasa di pejabat-pejabat kerajaan negeri setiap pagi Isnin,” kata beliau di dalam dewan.
28 April – Suasana pada hari kedua, Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini bermula ‘hangat’ apabila salah seorang ahli dewan seolah-olah mempertikaikan amalan berdiri untuk nyanyian lagu Kebangsaan, pagi ini ketika persidangan sedang berlangsung. Bukan amalan ‘unusual’ sebaliknya ia adalah kewajiban bagi setiap kakitangan kerajaan memainkan dua lagu iaitu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada jam 10 pagi setiap hari Isnin. Negaraku sidangdun dunmelaka melakahariini mhi melakatv foryou trending
Secara sinis, Speaker berkata, “Mungkin YB Sungai Udang tidak pernah masuk pukul 10 pagi waktu pentadbiran kerajaan negeri Melaka,” merujuk kepada ketidaktahuan ADUN berkenaan terhadap amalan itu.
Tambah beliau, nyanyian lagu kebangsaan adalah satu bentuk penghormatan kepada negara dan wajib dilakukan dalam semua institusi kerajaan, bukan sekadar untuk majlis rasmi.
Tindakan mempertikaikan amalan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dewan lain, selain mengundang perdebatan dalam kalangan warganet yang menyifatkan semua wakil rakyat perlu menunjukkan teladan baik dalam menghormati simbol negara.
Sumber: TikTok Melaka Hari Ini
The post Pertikai nyanyian Negaraku, ADUN Sungai Udang ditegur Speaker DUN Melaka appeared first on The Reporter.

