ADUN Sungai Udang pertikai amalan berdiri nyanyi lagu Negaraku ketika persidangan

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 4:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
ADUN Sungai Udang

Ahli Dewan Undangan atau ADUN Sungai Udang pertikai amalan berdiri sewaktu menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Melaka sewaktu persidangan sedang berlangsung.

@melakatv

28 April - Suasana pada hari kedua, Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini bermula "hangat" apabila salah seorang ahli dewan seolah-olah mempertikaikan amalan berdiri untuk nyanyian lagu Kebangsaan, pagi ini ketika persidangan sedang berlangsung. Bukan amalan "unusual" sebaliknya ia adalah kewajiban bagi setiap kakitangan kerajaan memainkan dua lagu iaitu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada jam 10 pagi setiap hari Isnin. Negaraku sidangdun dunmelaka melakahariini mhi melakatv foryou trending

♬ original sound - MELAKA HARI INI - MELAKA HARI INI

ADUN Sungai Udang anggap nyanyian lagu Negaraku bukan satu perkara biasa

Menerusi video yang dikongsi TikTok Melaka Hari Ini, Adun Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof dipercayai meluahkan rasa tidak puas hati dengan amalan menyanyikan lagu Negaraku setiap Isnin jam 10 pagi.

Ujarnya, amalan tersebut dilihat sebagai ‘unusual’ kerana berlangsung ditengah-tengah persidangan sehingga perbahasan terhenti buat seketika.

“Dengan izin, apa yang berlaku sebentar tadi? Apakah ia merupakan kesilapan kerana ini bukan kebiasaan (unusual). Luar biasa!

Tiba-tiba kita kena berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku,” soalnya.

Persoalan ADUN Sungai Udang dijawab Speaker DUN Melaka

Susulan daripada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Ibrahim bin Durum telah menjawab dan menjelaskan bahawa amalan tersebut adalah perkara biasa dalam pentadbiran negeri Melaka.

Beliau juga beranggapan mungin ADUN Sungai Udang tidak mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam yang sememangnya amalan tersebut adalah perkara biasa pada setiap hari Isnin.

“Apa yang berlaku adalah, pentadbiran negeri Melaka jam 10 pagi akan menyanyikan lagu Negaraku. Itu memang ada dalam pentadbiran negeri Melaka.

“Mungkin Sungai Udang tak pernah masuk pukul 10 pagi waktu kerajaan Negeri Melaka. Jadi, itu amalan biasa,” ujarnya.

Memang sudah jadi kebiasaanlah nyanyi lagu Negaraku jam 10 pagi hari Isnin

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial apabila berasa pelik dengan persoalan yang diajukan ADUN terbabit.

Ujar mereka, sepatutnya ahli politik tahu tentang amalan tersebut memandangkan beliau juga sudah dua tahun menjawat jawatan tersebut.

image is not available

Amat-amat memalukan

image is not available

Macam mana seorang ADUN boleh tak tahu

image is not available

Nafi tak suka berdiri nyanyi lagu Negaraku

Walau bagaimanapun, beliau telah memberi penjelasan berhubung isu tersebut di Facebook miliknya dan menafikan dakwaan tidak menyukai lagu Negaraku.

Jelas ADUN Sungai Udang, beliau adalah seorang yang sangat patriotik dan menyatakan video yang tular adalah suntingan berniat jahat terhadap dirinya.

Apa-apa pun, tidak dalah untuk berdiri dan menghormati lagu kebangsaan negara kita kerana ia adalah lambang kedaulatan Tanah Air.

Sumber: TikTok Melaka Hari Ini, Facebook Aleef Kazem Kazem