Pertikai pengampunan Najib menjurus ingkari titah Agong! -Istana Negara

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Baginda titah Najib jalani baki hukuman di rumah

Menurut kenyataan Istana Negara bertarikh 7 November 2026, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen Najib pada 18 September lalu mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara yang memberikan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda.

Perintah pengampunan bersyarat jelas!

Istana Negara menjelaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran, selain tidak melibatkan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib.

“Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau,” menurut kenyataan itu.
Image from: Pertikai pengampunan Najib menjurus ingkari titah Agong! -Istana Negara

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Sehubungan itu, Istana Negara berpandangan tidak sepatutnya timbul kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan sama turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Image from: Pertikai pengampunan Najib menjurus ingkari titah Agong! -Istana Negara

Malah, Istana Negara menyatakan bahawa semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved