
BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi diharap dapat mempertimbangkan Sabah untuk pelaksanaan projek perintis kedua bagi Pelan Hala Tuju Tenaga Negara (NETR).
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, projek itu dapat membantu mengatasi sebarang masalah bekalan elektrik, khususnya di kawasan luar bandar.
“Kita harap projek perintis kedua NETR melibatkan sistem tenaga solar ini dilaksanakan di Sabah kerana selain menepati keperluan rakyat ia juga membantu selesaikan masalah elektrik, khususnya di luar bandar.
“Namun ia perlu disesuaikan dengan situasi serta keperluan kawasan di negeri ini supaya selari dengan matlamat pelaksanaannya, sekaligus dapat membangunkan sosio ekonomi penduduk,” katanya.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sawit Kinabalu Sdn Bhd kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, di sini, Selasa.
Projek perintis NETR pertama menerusi kerjasama kerajaan dan Syarikat Sime Darby Property telah dilaksanakan di Selangor, melibatkan kawasan Perumahan Elmina dan Bandar Bukit Raja.
Inisiatif melibatkan pemasangan solar bumbung itu merangkumi kapasiti solar sehingga 10 kilowatt bagi setiap rumah dan berjumlah 4.5 megawatt bagi 450 buah rumah.
Mengulas lanjut, Ruslan yang juga Adun Lumadan turut mencadangkan Bandar Mingo berdekatan Pekan Beaufort untuk pelaksanaan projek perintis kedua NETR di Sabah.
Katanya, selain sebagai bandar baru, Bandar Mingo juga dikelilingi banyak kawasan perumahan yang menepati keperluan di dalam projek tenaga hijau solar tersebut.
“Cadangan ini selari dengan hasrat dan perancangan saya untuk menjadikan Beaufort sebagai daerah solar di negeri ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


