
Kota Kinabalu: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam (gambar) menyambut baik usaha kerajaan persekutuan untuk melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER).
Beliau berkata, inisiatif fasa pertama yang dilancarkan baru-baru ini melibatkan penggunaan aktif tenaga solar itu dilihat dapat mengurangkan kebergantungan seluruh negara terhadap tenaga elektrik sedia ada.
“Dalam konteks Sabah, NETR menepati keperluan rakyat khususnya penduduk di kawasan luar bandar kerana melaluinya kita dapat mengatasi masalah bekalan elektrik serta isu berkaitan.
“Dengan penggunaan meluas terutamanya sistem solar di kediaman-kediaman penduduk, ia sudah tentu dapat membantu mereka, sekaligus meningkatkan pembangunan serta sosio-ekonomi masyarakat,” katanya.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Debaran Bintang Kecil Sabah 2023 di Lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Kota Kinabalu, di sini, Sabtu.
NETR Fasa Pertama dilancarkan Khamis, baru-baru ini oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mana antara fokus utama adalah penggunaan lebih banyak tenaga hijau diperbaharui.
Lima projek berimpak tinggi akan dibangunkan di bawah NETR Fasa Satu termasuk Pembangunan SolarTerapung Hidro Hibrid di empangan Hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Salah satu program itu turut memastikan pemasangan lebih banyak panel solar di seluruh negara terutamanya di kediaman penduduk.
Mengulas lanjut, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan berkata, NETR juga selari dengan perancangan beliau untuk menjadikan Beaufort sebagai ‘Daerah Solar’ yang pertama di Malaysia.
Menurutnya, inisiatif di bawah program ‘Lumadan Sejahtera’ itu kini sedang diusahakan menerusi perundingan termasuk kerjasama dengan beberapa pihak supaya ia dapat direalisasikan.
“Saya akui, usaha ini satu perubahan besar namun tidak mustahil dilaksanakan dan buat permulaan ia akan dibuat di peringkat kampung di kawasan Lumadan sebelum beralih kepada agenda ‘Daerah Solar’. Saya ingin menjadikan Beaufort sebagai ‘Daerah Solar’ sebagaimana yang telah dilaksanakan di Bandar Geermu, China yang menggunakan sepenuhnya sistem tenaga hijau solar,” tegasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



