Pertimbang syor sistem pendidikan khas bagi Sabah dan Sarawak

5 Nov 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Negeri Sabah dan Sarawak patut dibenarkan untuk untuk mengurus tadbir sistem pendidikannya sendiri bagi memastikan kecemerlangan pelajar dan mengekalkan kesahihan fakta sejarah negeri ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk James Ligunjang berkata, sistem pendidikan dua negeri di Borneo ini akan membolehkan kurikulum dan dasar pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan dan aspirasi rakyat di Sabah dan Sarawak.

Ini kerana, katanya, sistem pendidikan di Malaysia ketika ini lebih berpusat kepada Tanah Melayu dengan dasar dan kurikulum direka terutamanya untuk rakyat di Semenanjung Malaysia.