Pertubuhan Halal Di Jepun Tampil Bagi Respon Lepas Ada Produk Beri Letak Logo Halal

Entertainment
20 Sep 2022 • 5:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain seperti Jepun juga ada berlaku isu produk makanan yang menggunakan logo halal tanpa sebarang pengesahan.

Perkara ini diketahui selepas pertubuhan yang bertanggungjawab dalam memberi sijil halal terhadap produk makanan di Jepun, Nippon Asia Halal Association (NAHA) tampil memberikan respon terhadap kes apabila ada produk babi yang meletakkan logo halal berada di pasaran.

 

Produk makanan perisa tulang babi

Jadi, menerusi Facebook rasmi NAHA, mereka telah menarik pasaran produk ini dan meminta pengguna untuk melaporkan kepada mereka jika terjumpa produk ini di pasaran. Kenyataan itu dibuat khusus untuk umat islam di Malaysia dan Singapura yang mempertikaikan kesahihan mereka.

Dalam pada itu, NAHA juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mereka kerana ia adalah satu perkara yang dilarang dalam islam.

Dear all brothers and sister from Malaysia and Singapore, please see our status below related to this product. This…

Posted by Nippon Asia Halal Association – NAHA on Monday, September 19, 2022

Untuk info, NAHA merupakan salah satu daripada 6 badan yang terlibat dalam memberikan proses pensijilan halal terhadap sesuatu produk.

Assalam o alaikum to all our followers of NAHA Halal Certification. Few days before there was an unfortunate accident…

Posted by Nippon Asia Halal Association – NAHA on Thursday, September 1, 2022

Berbalik kepada kenyataan yang diberikan mengenai produk, NAHA ada tampil memberikan respon pertikaian netizen yang mengatakan mereka adalah syarikat palsu dalam memberikan sijil halal.

image is not available

“Orang Jepun mungkin kurang pengetahuan tentang Islam dan kesilapan berlaku dan lebih banyak kesilapan yang lebih besar berlaku di seluruh dunia oleh begitu banyak pengeluar yang berbeza dan badan pensijilan halal, jika kesilapan diperbetulkan maka Allah juga mengampuni, kami memohon orang Islam juga mohon dimaafkan. Produk tiada di pasaran.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.