Larangan pemasangan khemah awam di pantai Port Dickson telah membuatkan pengunjung tidak berpuas hati dan mahu memboikot kawasan peranginan berkenaan.
Memetik dari Sinar Harian, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata peraturan berkenaan bukan mahu menyekat keseronokan pengunjung, tetapi tidak mahu isu khemah biru berulang.
Ujarnya, jika tidak dikawal dari sekarang, Port Dickson terus dikaitkan dengan isu khemah selain berdepan dengan isu kebersihan.
“Kalau kita tak kawal dari sekarang, nanti isu khemah biru di pantai Port Dickson akan berulang semula dan yang akan dipersalahkan ialah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
“Ini kerana sebelum ini ramai pengunjung menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan kehadiran khemah di situ yang menutup pemandangan dan disebabkan itulah kita tidak benarkan sebarang khemah didirikan
“Memanglah pantai ini tempat awam, tapi menjadi tanggungjawab PBT iaitu Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) untuk menjaganya.
“Kalau kawasan pantai kotor, semestinya MPPD yang akan dipersalahkan dan disebabkan itu juga kita tak benarkan buat unggun api,” katanya,” katanya.
Walaupun larangan tersebut dibuat, katanya, pengunjung masih dibenarkan meletak tikar atau kanvas untuk berkelah.
Selain itu jelasnya, tidak menjadi masalah atau isu sekiranya pengunjung mahu menukar pakaian kerana kemudahan tandas awam ada disediakan.
The post ‘Larangan pasang khemah di pantai PD bukan mahu sekat keseronokan pengunjung’ – Exco appeared first on The Reporter.


