“Perut Besar Pun Buat Tak Nampak”- Penat Minta Tempat Duduk Dalam LRT, Ibu Hamil Luah Rasa Kecewa

24 Jun 2022 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rasanya semua sedia maklum mengenai ‘priority seat’ untuk golongan tertentu seperti warga emas , orang kelainan upaya (OKU) dan ibu hamil dalam setiap kenderaan awam contohnya bas dan tren.

Wujudnya ruangan khas itu dalam kata lain adalah untuk kemudahan golongan ini namun seringkali diseleweng oleh mereka yang tidak patut menggunakannya.

Seperti satu perkongsian oleh wanita yang dikenali sebagai @ohroseeeee ini di TikTok, dia yang kini sarat hamil meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir orang yang menaiki tren pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).

Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tau hari-hari nak minta seat.

Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian.

Apa yang membuatkan wanita ini bertambah kecewa apabila dia sudah memakai ‘pregnant tag’ pada beg miliknya namun tetap diabaikan oleh penumpang yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kesal dan geram melihatkan situasi dalam LRT tersebut.

image is not available

Sumber : TikTok  

Kata netizen, ramai pengguna hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain yang lebih memerlukan ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Rose, seperti penumpang yang berpura-pura melihat telefon bimbit, ‘buat-buat tak nampak’ dan sebagainya.

image is not available 2 hari lalu

"Angkat Kaki Je La Kak"- Suami 'Kantoi' Simpan Gambar L*cah Ex-Gf, Wanita Luah Rasa Kesal