
DUNIA Bollywood kecoh apabila pelakon sensasi, Kareena Kapoor dikatakan sedang hamil anak ketiga bersama Saif Ali Khan.
Spekulasi mula bertiup kencang selepas video Kareena yang dirakam paparazi menampakkan perutnya yang buncit seperti wanita hamil.
Lebih menguatkan spekulasi, apabila seorang rakan aktres itu dilihat cuba menggunakan payung agar perut Kareena tidak kelihatan.
Namun sumber terdekat dengan pelakon filem Mujhse Dosti Karoge itu tetap menafikan khabar angin kehamilan berkenaan.
Kareena, 45, juga dilihat berkongsi foto seorang lelaki yang memegang perut buncit akibat kembung perut berserta emoji piza. Hantaran itu dipercayai sebagai menjawab spekulasi kononnya dia sedang berbadan dua.
Kareena sebelum ini sudah memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Saif iaitu Taimur Ali Khan, 10, dan Jehangir Ali Khan, 5.
The post Perut buncit, Kareena Kapoor hamil lagi? appeared first on Kosmo Digital.

