Perwakilan AMK cadang Orang Asli dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 4:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perwakilan AMK cadang Orang Asli dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berani mengetengahkan wakil Orang Asli Semenanjung untuk memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara pada masa akan datang.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Leo Arrey Romani berkata, Dewan Negara merupakan ruang penting untuk memastikan kepentingan Orang Asli terus mendapat suara di peringkat nasional.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli mempunyai kekangan untuk memperoleh wakil di Dewan Rakyat dan perlu ada ruang lantikan perlu dimanfaatkan bagi membawa suara komuniti berkenaan.

“Dewan Rakyat milik yang ramai. Kami Orang Asli takkan menang di situ dan Perlembagaan tahu. Sebab itu ada 44 kerusi lantikan di Dewan Negara. Dan dalam kerusi itu, Perlembagaan sebut nama kami, kepentingan Orang Asli.

“Maka inilah tuntutan saya, kalau UMNO boleh letak wakil Orang Asal sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, maka PKR mesti berani letak Orang Asal Semenanjung sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada masa akan datang,” katanya ketika sesi perbahasan Kongres Nasional AMK di sini.

Arrey Romani berkata, individu yang dipilih juga perlu benar-benar memahami kehidupan dan perjuangan komuniti Orang Asli, bukannya sekadar memenuhi keperluan.

Beliau berkata, terdapat beberapa wakil Orang Asli Semenanjung yang kini memegang kedudukan penting dalam institusi negara.

Antaranya, katanya, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang merupakan Orang Asli pertama memegang jawatan berkenaan selain wakil Orang Asal yang dilantik sebagai Senator melalui Dewan Undangan Negeri Pahang.

“Senator lantikan Dewan Undangan Negeri Pahang, dua penggal berturut-turut, Pahang guna kuota Senatornya untuk mewakili Orang Asal. BN yang letak.

“Pegawai Khas Orang Asal di Pejabat Menteri Besar juga sudah wujud di Perak dan di Pahang. Dan semua itu berlaku di bawah Kerajaan Madani, kerajaan yang kita pimpin,” katanya. – UTUSAN

The post Perwakilan AMK cadang Orang Asli dilantik Yang Dipertua Dewan Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved