Pesakit Kongsi Pengalaman Bersalin Paling Ngeri Di Hospital Kerajaan

LocalHealth & Fitness
19 Aug 2024 • 2:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bersalin

Tular di TikTok perkongsian seorang wanita mendakwa mengalami pengalaman bersalin secara pembedahan paling ngeri di salah sebuah hospital kerajaan.

Dakwanya, doktor yang membuat pembedahan secara tidak sengaja telah terpotong pundi kencingnya.

Wanita ini mendakwa dia perlu bersalin secara pembedahan kerana bayi terlalu besar iaitu 4 kilogram. Dakwanya lagi, disebabkan kecuaian doktor, dia terpaksa ditebuk di bahagian perut dan dipakaikan tiga tiub.

Dia dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa punci kencing telah terpotong sebanyak 7 cm. Disebabkan itu, dia terpaksa terlantar di wad selama dua minggu tanpa boleh berjalan.

Paling menyedihkan bagi wanita ini apabila terpaksa berpisah dengan bayi yang baru dilahirkan sementara dia menerima rawatan di hospital.

Malah, suaminya juga perlu mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga anak dan dirinya di hospital.

Wanita ini turut berkongsi secara terperinci bagaimana situasi ngeri ini boleh berlaku. Dakwanya, dia melahirkan bayi kira-kira jam 2 petang, namun dibenarkan keluar bilik pembedahan 9 jam kemudian.

Pihak atasan sendiri didakwa telah berjumpa dengan wanita ini menjelaskan prosedur yang sepatutnya berlaku jika bersalin secara pembedahan.

Namun, didakwa berlaku kesilapan menyebabkan wanita ini terpaksa menanggung akibatnya. Kini, dia terpaksa berulang alik ke tandas kerana pundi tak mampu menampung kuantiti kencing yang banyak.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @eiddarass