
JAKARTA – Seorang pesakit yang dimasukkan ke wad sebuah hospital berdepan detik menyeramkan apabila pintu biliknya terbuka secara tiba-tiba.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radar_cianjur menunjukkan perakam sedang berbaring di atas katilnya sambil menghalakan kamera ke pintu wad.
Situasi bertambah cemas apabila pintu wad itu terbuka dengan sendiri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Itu angin,” kata seorang netizen.
“Terserah tetapi berdasarkan pengalaman saya, dunia ghaib itu wujud apatah lagi kalau berada di hospital. Suasana amat menyeramkan pada waktu malam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Pesakit rakam pintu wad terbuka sendiri appeared first on Kosmo Digital.
