
Order mi goreng tapi dapat ibumie?
Pesan Mi Goreng Tapi Dapat Mi Segera, Pelanggan Kecewa Dengan Kedai Makan Di Kuching. Kita mungkin pernah mengalami situasi serupa di mana pesanan kita tidak memenuhi jangkaan atau terdapat kesilapan dalam pesanan. Begitu juga yang berlaku kepada lelaki ini. Tular di laman Facebook hari ini apabila seorang pelanggan berang kerana dikenakan cas yang tidak sepatutnya untuk hidangan mi segera.
Kisah itu dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi akaun Facebook miliknya.
Menurut cerita, pelanggan tersebut sebenarnya memesan mi goreng biasa melalui aplikasi Foodpanda. Walau bagaimanapun, ketika hidangan sampai, beliau terkejut apabila yang sampai hanyalah mi segera dan hidangan tersebut pula dijual pada harga RM11. Ini menyebabkan pelanggan itu marah dan merasa tertipu.

Kedai dikatakan terletak di Jalan Gambier
Difahamkan, pesanan itu dibuat di sebuah premis kedai makan di jalan Gambier, Kuching menerusi aplikasi Foodpanda.
Malas nak sebut kedai mana, yang penting kedai ni terletak di kawasan pasar (India Street). Agak-agak lah jual makanan kat Foodpanda. Mi goreng biasa dijual dengan harga RM 11. Sekali sampai, mi segera yang datang. Baik beli sendiri mi segera ni kat kedai. 5 bungkus baru berharga RM 4. Ni orang panggil bisnes pergi balik haji”
Facebook


Ini reaksi netizen
Tambahnya, mi segera tersebut hanya dihidangkan bersama telur goreng, ikan bilis dan kekacang semata-mata. Dengan harga sebegitu, beliau menambah ianya tidak berbaloi untuk sebungkus mi segera.

Bukan itu sahaja, niatnya berkongsi kisah itu di Facebook bukanlah untuk menjatuhkan perniagaan orang lain. Tetapi sekadar berkongsi kisah sedih ‘terkena’ dengan premis makanan itu.

Tambah netizen, perniagaan tersebut diibaratkan menginginkan keuntungan semata-mata berbanding menjaga kualitii makanan di kedai mereka.



