Pesara rugi RM342,000 terperdaya pelaburan kasino

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesara rugi RM342,000 terperdaya pelaburan kasino

AMPANG JAYA – Seorang pesara swasta berusia 66 tahun mengalami kerugian RM342,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan kasino dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mangsa dipercayai diperdaya selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Ogos lalu daripada individu tidak dikenali yang meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kerugian dalam sebuah syarikat keselamatan siber kasino di Singapura.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, individu terbabit kemudian memperkenalkan tawaran pelaburan kasino yang menjanjikan keuntungan sehingga menarik minat mangsa untuk menyertainya.

“Mangsa telah membuat pembayaran pelaburan berjumlah keseluruhan RM342,000 ke dalam lima akaun bank.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut sehingga kini sebelum mengesyaki dirinya ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis, namun tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pesara rugi RM342,000 terperdaya pelaburan kasino appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved