Pesara rugi RM96,000, 50 kali transaksi 'lebur' dalam skim pelaburan WhatsApp

LocalPersonal Finance
27 Mar 2026 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pesara kerugian RM96,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui aplikasi WhatsApp sejak 2022 - Gambar kecil (Azli)

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara berusia 63 tahun kerugian sebanyak RM96,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui aplikasi WhatsApp sejak 2022.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, wanita berkenaan membuat laporan polis pada jam 6.30 petang Khamis selepas menyedari diperdaya apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Menurutnya, mangsa mendakwa telah menyertai satu skim pelaburan yang dinamakan Labuan dan diperkenalkan melalui aplikasi WhatsApp.

"Sepanjang tahun 2022 hingga 14 Mac 2026, mangsa telah melakukan sebanyak 50 transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM96,000.

"Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan hasil pelaburan tersebut dan mula mengesyaki dirinya ditipu," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Azli berkata, sumber kewangan yang digunakan mangsa adalah daripada wang simpanan serta pampasan pencen miliknya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved