Pesara tentera nafi cabul anak saudara

27 Jul 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pesara tentera berusia 44 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu dengan menjilat kemaluan dan meraba payudaranya antara pukul 3 pagi dan 7 pagi 6 Okt 2019 di sebuah bilik di Kinarut, Papar.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap kanak-kanak sama dengan menjilat kemaluan, mencium dan meraba payudaranya di tempat sama antara 2 Jan dan 10 Jan 2021, antara 7 malam dan 12 pagi.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mahkamah menetapkan 28 Ogos untuk pengurusan kes dan melepaskan lelaki itu dengan ikat jamin RM10,000 dan dua penjamin tempatan.

Lelaki itu juga diperintah melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan dan pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim membantah ikat jamin untuk lelaki itu dan meminta tarikh sebutan baharu.

Bagaimanapun, peguam Azhier Farhan yang mewakili lelaki itu meminta jaminan rendah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.