Pesawat Air India lakukan pendaratan cemas di Phuket akibat ancaman bom

13 Jun 2025 • 4:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGKOK: Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari pulau peranginan Phuket, Thailand ke Delhi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat susulan ancaman bom, menurut pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket, lapor Xinhua.

Media tempatan melaporkan bahawa Penerbangan AI 379 telah selamat mendarat dan pihak lapangan terbang segera mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berkaitan insiden berkenaan.